Friday, March 12, 2010

Wanita dan emosi

Wanita dan emosi tak dapat dipisahkan
Bagai irama dan lagu
Bagai aur dengan tebing
Bagai isi dengan kuku

Sebagai seorang wanita, aku percaya dengan pernyataan itu.
Wanita membawa emosinya ke mana-mana
Hidup seorang wanita dipengaruhi emosinya.
Kalau takde emosi- pincanglah segala kerjanya
Kalau takde emosi- sumbanglah segala langkahnya

Korang setuju? (Tak setuju takpe)
Aku wanita yang penuh emosi.
Semua wanita sama sebenarnya.
Tak kiralah iron lady ke, wrestler wanita ke, makcik2 kepam ke, awek2 kaki clubbing ke, pekerja seks ke, nenek2 ke, budak sekolah ke, tentera dan polis wanita ke...asalkan mereka itu namanya wanita tulen- hidup mesti dipengaruhi emosi
Emosi itu sebati dengan diri.

Aku pelik, kenapa sesetengah lelaki sanggup nak ketepikan emosi wanita hanya untuk menyedapkan keadaan mereka sendiri.

Walhal, kalau takde emosi...takde lah cinta!
Kalau takde emosi, takdelah kasih sayang..!
Kalau takde emosi..tak jadilah semua benda!

Aku benci kalau ada lelaki cakap
"You jangan ikut emosi you tu!"
atau
"Saya tak paham la pompuan2 semua nak emo je!"

Kepala ban! Heh!
Emosi wanita boleh dikawal dengan akal fikiran pemberian tuhan.
(Sang lelaki je kadang2 tak tahu camne nak kawal keadaan. Takde kemahiran dalam konteks tersebut. Sila belajar lagi dan cuba jangan merungut bila wanita anda di tahap emosi yang tinggi)

Tujuan wanita yang dijadikan beremosi adalah untuk sang lelaki melayani..bukan untuk difahami.

Ada faham sekarang ni?

Kalau orang cakap aku emo-
Aku tak kisah.
Sebab aku wanita tulen..bukan wanita jadi-jadian.
Mungkin aku kasar- tapi aku ada emosi yang mudah tersentuh kadang-kadang.
Sekarang- aku sedang belajar memahami emosi wanita-wanita disekelilingku.
Sabar ye!

*Tulisan ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati*