Bosan- selalunya
Kala ini aku BENCI bila orang tanya
"Kau ok?"
Serius macam hampeh soalan itu. Menyampah. Sila jangan tanya lagi soalan yang seumpamanya!
Selalunya pertanyaan itu memang aku takkan jawab. Tidak kiralah dari medium apa sekalipun.
Telefon- tukar topic
SMS- memang tak akan dilayan
E-mail- Setakat baca jelah.
Facebook?- Ops. telahpun deactivated buat sementara waktu. Distraction. Mungkin Lea Anif akan kembali beraksi di laman itu, tapi tak dapat nak dipastikan bila.
Kerjaya?- Kurang memberansangkan. Minat aku bukan disitu. Tapi, nama nak berhenti- memang bukan dalam masa terdekat ini. Masih terbuka hati untuk belajar selok belok industri yang sudahpun lari sikit dari sebelumnya.
Segala program yang telahpun disusun semenjak beberapa bulan lalu, langsung tak boleh diimplementkan.
Hidup?- Sendiri dan sekarang mengisolatedkan diri.
Aku mengkera sumbangkan diri sendiri buat sementara waktu.
Duduk di rumah melayan perasaan dan bersendirian adalah pilihan tepat.
Kewangan?- Paras hidung. Ada yang mahu tolong?
Keluarga?- Tunggak utama. Mereka segalanya. Oh. sangat merindui anak buah yang semakin "hebat" attitudenya. Todt..uwaaaaa :((
Sahabat -handai?- Mana yang faham, terima kasih...Mana yang tak faham, terima jelah!
Percintaan?- Ini juga satu topik yang aku BENCI nak sentuh sebab dalam diri tiada cinta untuk dikongsi dengan sesiapa. (Send your application/proposal now!) Haha:P
Masa depan?- Masih samar-samar.
Itulah orang cakap,
kita boleh plan, tuhan tentukan semuanya.
Plan la macam nak rak pun..kalau DIA tak izinkan, tak jadi juga.
Sekarang? apa plan?
Takdak!
None.
Zero
nahee'
Mei yow
Tagak jela apa yang datang.
Boleh gitu?
=)
*Buat pertama kali dalam hidup aku, aku takde plan yang nak diexecutekan. Pelik. sangat pelik.Heh*